Cart 0

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘NOSTALGIA SENJA’ MAJLIS IFTAR

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘NOSTALGIA SENJA’ MAJLIS IFTAR
Foto: Mohd Nasrun.

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan hari pertama ‘Nostalga Senja’ dengan menganjurkan Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL bersama Rumah Anak Yatim & Asnaf Raudhatul Al-Faeez. Bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik, WTCKL menjemput seramai 35 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 21 tahun termasuk guru pengiring diraikan dalam majlis tersebut.

Bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini dan memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini, pihak WTCKL turut menyampaikan sumbangan kepada tetamu istimewa ini. Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan WTCKL dengan masyarakat.

Foto: Mohd Nasrun.
Foto: Mohd Nasrun.

Hadir bersama dalam majlis ini, Dato’ Seri Dr Haji Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Pihak Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja WTCKL. Kakitangan WTCKL turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan berbuka puasa bersama-sama mereka. Hadirin disajikan dengan pelbagai variasi juadah istimewa ‘Nostalgia Senja’ yang telah disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant.

Foto: Mohd Nasrun.

Dato’ Seri Dr Hj Irmohizam dalam ucapannya berkata, “World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut baik inisiatif penganjuran majlis ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita bersedekah dan seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini.”

Tambahnya lagi, “WTCKL komited menyokong anak-anak kecil ini dan melakar pengalaman indah bagi mereka dan guru-guru mereka. WTCKL berharap dengan sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.”



Older post Newer post