WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF, AMAZING!

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF, AMAZING!

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF, AMAZING!

WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan tiba lagi. Buat mereka yang kehilangan keluarga tersayang pastinya perasan rindu bertambah.

WTCKL

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan hari pertama ‘Nostalga Senja’ dengan menganjurkan Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL Bersama Rumah Anak Yatim & Asnaf Raudhatul Al-Faeez.

Bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik seramai 35 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 21 tahun termasuk guru pengiring diraikan dalam majlis tersebut.

Meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini dan memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Bulan Ramadan yang mulia ini.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Hadir bersama dalam majlis ini, Dato’ Seri Dr Haji Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Pihak Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja
World Trade Centre Kuala Lumpur.

Kakitangan World Trade Centre Kuala Lumpur turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan berbuka puasa bersama-sama mereka.

Disajikan dengan pelbagai variasi juadah istimewa ‘Nostalgia Senja’ yang telah disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant.

DIGALAKKAN MENAMBAH AMAL DAN ILMU

“World Trade Centre Kuala Lumpur menyambut baik inisiatif penganjuran majlis ini. Sebagai umat Islam amatlah digalakkan untuk kita bersedekah.

Image Caption

Seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini. Komited menyokong anak-anak kecil dan melakar pengalaman indah buat mereka.

Kami berharap dengan sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.”

NOSTALGIA SENJA – BUFFET RAMADAN 2023

Merupakan sajian Bufet Ramadan dibawakan oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant. Lebih 300 hidangan segar yang disajikan setiap hari.

Sepanjang bulan Ramadan ini bermula 27 Mac sehingga 20 April 2023. Menu yang ditawarkan merangkumi lima menu berkala, masing-masing dengan keistimewaan.