Cart 0

World Trade Centre Kuala Lumpur sambut Ramadan 2024 dengan selera warisan kampung

World Trade Centre Kuala Lumpur sambut Ramadan 2024 dengan selera warisan kampung

KUALA LUMPUR, 24 Jan 2024 – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba kurang dari dua bulan lagi, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini telah memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan “Selera Warisan Kampung”, hidangan istimewa yang disediakan oleh briged kulinari yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih.

WTCKL kembali menampilkan Nasi Kandar Saddam yang sangat digemari di Kuala Lumpur sebagai hidangan istimewa Ramadan atas permintaan ramai. Hidangan ini disajikan bersama Ayam Goreng Bawang, Daging Masak Hitam, telur rebus, dan sayur-sayuran.

Selain daripada itu, Briged Kulinari WTCKL turut menyediakan lebih daripada 300 jenis hidangan istimewa yang akan disajikan dengan lima giliran menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong, dan Daging Tetel Masak Kalio.


Hidangan-hidangan popular seperti Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam, turut disajikan.

Sehubungan dengan itu, WTCKL akan mula menyajikan Bufet Istimewa Ramadan “Selera Warisan Kampung” ini bermula dari 13 Mac hingga 8 April 2024, setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam di ruang makan eksklusif WTCKL yang terletak di Aras 2, Legar Putra.

Sajian bufet ini boleh ditempah lebih awal dengan mendapatkan harga promosi RM108 seorang.

Harga asal bufet Ramadan “Selera Warisan Kampung” ini adalah RM128 nett (Dewasa), RM73 nett (Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas).

Baucar pembelian awal boleh diperolehi dari Restoran Riverside, atau melalui talian 03 2614 6701/6702 atau Easy Store .

Kemudahan berbuka puasa

WTCKL menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah dan kemudahan wuduk, serta Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’, dan Tarawih.

Pakej “Get Together” untuk Banquet.

Jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan besar, WTCKL menyediakan pakej ‘Get Together’ Selera Warisan Kampung. Pakej ini ditawarkan dari RM138 seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang; termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED, dan surau khusus.

Raikan Ramadan lebih hijau

WTCKL turut menawarkan sambutan Ramadan eksklusif lebih hijau dengan pembelian mangkuk tingkat ‘Tiffin Carrier’ edisi terhad WTCKL, berharga RM59 untuk tiffin 3-tingkat dengan saiz dimensi 12cm, manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Tiffin ini membolehkan tetamu membawa pulang makanan dari bufet ramadan untuk bersahur di rumah.



Older post Newer post