BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
Assalammualaikum semua! Pada 18 Januari 2023 baru-baru ini Ruby telah menghadiri prebiu Buffet Ramadan dari World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Ia adalah prebiu pertama Ruby hadir bagi tahun 2023. Pembuka tirai dari segala Buffet Ramadan yang bakal menyusul selepas sambutan Tahun Baru Cina. Hahaha. Advance betul WTCKL ni.

Selama 6 tahun Ruby membuat liputan Buffet Ramadan di WTCKL, mereka tidak pernah mengecewakan para tetamu yang hadir. Barisan chef dan hidangan dari Restoran Riverside amat memahami tastebuds masyarakat Malaysia. Kita suka pedas, manis, masin, berlemak krim santan dan berempah.
Jadi, buat kalian yang sudah biasa dengan hidangan Buffet Ramadan di WTCKL, pastinya baucar Early Bird akan disambar segera! Sebab potongan harga untuk anak-anak dan ibu bapa kita tu yang penting. Nak juga bahagiakan keluarga kita. Apa salahnya gantung kuali sehari kan. Jom ke Nostalgia Senja WTCKL abang.... Hehehe.
BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
WTCKL menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan makan malam Bufet Ramadan yang mewah iaitu "Nostalgia Senja". Menyajikan pelbagai hidangan menu buat semua peringkat usia. Pasti ada makanan untuk setiap tetamu yang hadir. Boleh makan sampai jam 10 malam dan menunaikan ibadah tanpa risau makanan habis. InsyaAllah ada untuk semua.
Di WTCKL, buffet Ramadan teratur dan setiap tetamu yang telah menempah sahaja akan berada di sana. Tiada walk-in sebab pastinya penuh dengan tetamu yang telah membuat tempahan.
Read more at :- https://www.ruby.my/2023/01/nostalgia-senja-world-trade-centre-kuala-lumpur.html