Buffet Ramadan 2021 - Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL

Buffet Ramadan 2021 - Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL

 Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Tak lama lagi kita akan menemui bulan Ramadan, bulan yang sangat kita nanti-nantikan.

Meskipun perjuangan menentang virus corona masih belum tamat, syukur Alhamdulillah tahun ini kita diberi kelonggaran untuk meraikan bulan Ramadan dengan berbuka puasa di luar dan bersolat tarawikh. Bagi menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini, WTCKL membawakan buffet Semarak Rasa Ramadan berkonsepkan makanan tradisi Melayu kepada warga kota yang tidak bepeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman.


Kali ini, WTCKL bakal berkolaborasi dengan Chef Anis Nabilah yang terkenal dengan rancangan Icip-icip, Kuali Bujang, Rasa-rasa, Eating Wild dan My Taste of Hong. Antara resepi istimewa yang bakal Chef Anis Nabilah kongsikan kepada pengunjung Semarak Rasa Ramadan di WTCKL adalah Murtabak lasagna, laksa goreng dan rendang rusuk lembu.

Selain dari itu, sebanyak 200 juadalah akan disajikan kepada pengunjung bermula pada 15hb April 2021 ini.


misz-ella.blogspot.com telah diundang untuk memeriahkan majlis preview bersama media dan bloggers.



Antara juadah utama yang memikat selera adalah Ketam masak berempah.



Kari Ikan 


Rendang Daging


Lasagna



Aneka asam pedas



Kambing goreng berempah yang sangat rangup dan sedap!






Terdapat juga kiosk-kiosk yang menyediakan juadah-juadah lain seperti Nasi ayam, aneka masak lemak, bubur lambuk, kambing golek dan berbagai lagi.



Dah semestilah ada kurma yang sangat sinonim dengan bulan puasa



Pulut kuning, ketupat palas dan ketupat biasa turut ada bagi menyemarakkan lagi suasana berbuka puasa di WTCKL.



Ada 10 jenis kerabu yang sangat membuka selera


Tengok lah hidangan yang dipilih Misz-ella .... semuanya 'ada rasa' dan menepati selera Misz-ella. Makan di bulan puasa lebih berselera ni.



Aneka kuih muih melayu



'mousse & puding'


Ada satu berita baik ye pembaca kesayangan .. iaitu promosi "Early Bird" Semarak Rasa Ramadan sedang berlangsung sekarang di mana anda boleh membeli baucar buffet ini pada harga RM70.00nett/seorang sahaja sehingga 14 April 2021. 

Selepas 15hb April 2021, harga buffet Semarak Rasa Ramadan adalah RM80.00nett (dewasa), RM45.00nett (kanak-kanak berumur dari 7 hingga 12 tahun) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.


Selain dari itu, terdapat juga pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM120.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini termasuklah hidangan buffet, dewan khas, sistem audio, ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM50.00 bermula dari jam 6:00 petang.


So pembaca kesayangan, marilah kita rebut peluang "Early Bird ini" .. 200 juadah hanya RM70nett sahaja .. lebih jimat, kan! Kemudahan seperti surau, parkir dan ruang makan yang selesa mengikut SOP di sediakan untuk semua.


Untuk maklumat lanjut, tempahah atau pembelian baucar Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL, silalah ke www.worldtradecentrekl.com.my dan ikuti :


Instagram:

https://www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur/


Facebook:

https://www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur


Atau hubungi no telefon : 03-2614 6701/6702 

Whatsapp : 019-2678960


read more here:- https://misz-ella.blogspot.com/2021/03/buffet-ramadan-2021-semarak-rasa.html