Cart 0

“Selera Warisan Kampung”, Bufet Ramadan World Trade Centre Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Malaysia: World Trade Centre Kuala Lumpur menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadan dengan bufet bertemakan “Selera Warisan Kampung”. Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia, briged kulinari kami, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan hidangan yang Istimewa dan akan menggoda deria rasa anda pada bulan ramadan nanti.

Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.

Selain itu, Briged Kulinari WTCKL juga menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 giliran menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong  dan Daging Tetel Masak Kalio. Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.

Bufet Isimewa Ramadan “Selera Warisan Kampung” akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024. Ruang makan eksklusif kami terletak di Aras 2, Legar Putra, dan akan beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga bufet Ramadan yang sangat berpatutan. Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 nett seorang, manakala harga asal bufet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Nikmati kemudahan berbuka puasa 

WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.

Pilihan pakej berbuka puasa ‘Get Together’ untuk banquet

Jika anda merancang ingin berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menyedikan pakej ‘Get Together’ “Selera Warisan Kampung” untuk anda meraikan rakan perniagaan, jamuan persendirian, korporat atau keluarga dalam ruang dewan yang akan disediakan.

Pakej ‘Get Together’ “Selera Warisan Kampung” ditawarkan dari RM 138 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED, dan surau khusus.

Raikan Ramadan lebih hijau Bersama WTCKL

Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan ‘Tiffin Carrier’ edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.

Tenang & mudah – Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.

Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian

03 2614 6701/6702 atau klik pada pautan berikut:

Easy Store :https://riverside.wtckl.com/

Hubungi sekarang!

Emel untuk buffet Ramadan: riverside@wtckl.com

Emel untuk tempahan korporat: ask@wtckl.com

Hubungi kami ditalian: +603 2614 6999 / +603 2614 6173

WhatsApp: +6019 2678 960



Older post